kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 December 2016

Ada CYST Dalam Perut

Assalamualaikum

Rasanya dah banyak kali aku cakap yang aku nak pregnant, nak pregnant, nak pregnant, kannn? tapi hingga ke hari ni masih belum ada rezeki lagi nak mengandung.. since fikri dah besar ni, rasa nakkkkk sangat ada baby... rindu nak ada newborn...

2 minggu saja lagi nak masuk tahun 2017. maknanya masa tu fikri dah masuk 6 tahun, besar sangat dah tu, tapi adiknya belum hadooo... tiap-tiap bulan kalau period datang, terus rasa hampa, kalau period lambat pulak, terus terpikir, eh aku pregnant ke? kuikuikui.

Tapi bulan ni macam delayyy je period aku ni, bulan lepas dia datang 16 Nov, so untuk bulan ni sepatutnya dia kena datang around 13-15 Dis (awal 2-3 hari dari tarikh bulan lepas). kalau esok dan lusa belum ado, nak try buat UPT lah.. sebab esok dah 17 Dis kot.. haha... 


Dalam istilah perubatan, usaha dan proses untuk mendapatkan anak dipanggil TTC - Trying To Conceive (wahhh skemaaanya). memang kalau refer pada doctor atau nurse, memang diorang guna istilah TTC ni untuk sesapa yang sedang berusaha untuk pregnant.

Antara usaha yang aku dah buat ialah, aku pernah pergi berurut 29 Sept lepas, aku telan Acid Folic jugak (not everyday). aku beli yang Brand Shaklee. ada juga aku terbaca usaha dan pengalaman orang lain yang sedang TTC, diorang pergi jumpa Pakar O&G dan lain-lain. ada yang makan Clomid, ada yang makan itu, makan ini, beli produk tu, produk ni, Biodex la, Yusuf Zulaikha la, macam-macam laa, but aku belum try segala produk tuh.


21 APRIL 2010 (Endometriosis)


FYI, aku ada sejarah dengan Gynae, 21 April 2010 dulu aku penah operate di perut disebabkan Penyakit Endometriosis (Laparoscopy + Czer). nak baca kisah lama aku tentang Operate Endometriosis ni korang boleh BACA KAT SINI. panjang lebar dah aku cerita kat sana. korang boleh godek-godek dan baca balik yer.

Image result for kencing guna tiub

Ikut doctor yang pernah operate aku 6 tahun dulu, dia kata belum buang habis lagi Endometriosis dalam perut aku tuu. masih baaaanyak lagi yang bersaiz kecik-kecik kat dalam tu katanya. tisu endo tu menempel di Ovari, Tiub Fallopio, Dinding Rahim, huuu!

So, Ogos lepas aku rasa tergerak hati nak ke Klinik O&G (Obstetrik & Ginekologi) untuk follow up penyakit lama aku ni. saja nak check samada benda tu ada lagi ke tidak, atau mungkin dah hilang dengan sendirinya (mana laa tahuuu, kannn??). doctor juga ada cakap, endometriosis antara salah satu penyebab aku lambat dapat anak. thats why aku nak check balik. sebab dah lama aku tak preggy ni.


07 OGOS 2016 (Follow Up)


7 Ogos 2016, aku gi Klinik Pesakit Luar HRPZ11, masa jumpa doktor aku citer masalah aku dan aku minta doctor buatkan aku surat rujukan untuk ke O&G. tanpa surat rujukan doktor, O&G takkan layan kita. ada surat refer, baru boleh buat appointment bersama Doktor Pakar.

6 tahun berlalu, baru sekarang terasa nak follow up balik dengan O&G. tapi sayang masa aku pergi O&G dia kata rekod lama aku dah lupus, takde dalam simpanan rekod O&G sebab dah lebih dari 4 tahun. so nurse bagi aku tarikh appointment pada 7 Disember 2016 untuk jumpa doktor untuk check balik condition aku.

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Tuuu diaaaa, tarikh appoinment yg diberi 4 bulan kemudiaan (7 Dis)!! huhuuuu, sabor je laa, hospital gomen kan, memang gitteww. nak cepat sila ke hospital swasta, but ko mampu ke nak bayar...?? kalau tak mampu jangan banyak bunyik.. ekeke... cer tengok apa yang doctor tu tulis,.. pitam nak baca kan? hahahahaaaa


07 Disember 2016 


cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

07 Disember 2016, aku pergi laa ke O&G, setelah 2 jam lebih menunggu, akhirnya turn aku dipanggil untuk jumpa Doctor. aku pun terangkan pada doctor, apa masalah aku, kenapa aku datang O&G, kenapa aku nak follow up penyakit lama, bla bla blaaa....

Lepas tu, doktor suruh aku ke Bilik Scan untuk scan keadaan perut aku. masa scan dia tak nampak pun kewujudan Endometriosis katanya. masa doctor Scan tu, doktor kata dia ada nampak "something yang pelik". aku tanya laaa,  "apaaaaa??" dia kata "Nampak macam ada CYST".

Aku cakap "Eh saya takde Cyst, saya ada Endometriosis aje" doctor tu cakap, saya tak nampak Endometriosis kat sini, kalau Cyst memang ada nieeee (refer gambar dibawah).

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Dia pun amik ukuran Cyst aku, katanya 2cm. terkedu sekejap aku! doctor pun print hasil scan tu dan suruh aku masuk bilik doctor yang rawat aku tadi.

Doctor terangkan kat aku, "Ye ni memang Cyst, bukan Endometriosis". dia cakap Endometriosis susah dilihat dengan sekadar scan biasa begini, bila buat laparoscopy baru betul-betul boleh nampak endo tu.

Cyst ni kiranya penyakit baru la pulaaaa ni. huhu. dulu Endometriosis, sekarang Cyst pulak, adoiii.. tapi doktor cakap jangan risau sebab Cyst ni 2cm aje, kecikkkk aje..

Kemudian doktor suruh aku buat Ujian Darah. katanya ujian darah tu penting untuk tengok keadaan aku, kesuburan aku, dan bermacam lagi. dia kata after 3 months baru keputusan ujian darah tu keluar, so baru doctor boleh buat keputusan apa step seterusnya,

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Allah uji hambaNya dengan macam-macam kan? ada yang diuji dengan kesempitan hidup hingga nak makan pun susah, ada yang diuji dengan tiada anak langsung hingga disindir dan diperli orang sebagai mandul, ada orang diuji dengan khianat dengki orang hingga terkena sihir/ilmu hitam.  ada yang diuji dengan penyakit kronik dan kritikal seperti Kanser, dll. banyak cara Allah duga kan?  (aku ni kiranya ujian kecikkkk je ni) dia duga kita sebab nak tengok kita ni sabar ke tidak? maki hamun ke tidak? boleh tahan ke tidak? betul takkk??

cyst, cyst 2cm, endometriosis, jumpa pakar O&G, operate endometriosis, ovarian cyst, pengalaman ada cyst, ada cyst dalam perut,

Apa yang berlaku kat aku ni, aku anggap 1 dugaan kecik je untuk aku. dugaan orang lain lagi teruk kot. so untuk dugaan ini aku takde pulak rasa nak bersedih-sedih ataupun takut. aku jadi kuat begini, boleh jadi juga disebabkan aku pernah diuji dulu dengan Endometriosis (orang kata, pengalaman lepas buat kita lebih kuat).

Image result for LAPAROSCOPY
Related image

Dulu, perut aku pernah ditebuk (Laparoscopy), penah juga perut aku dibelah besar (Czer), macam dalam gambar kat atas tuuu.. gambar pertama, Laparoscopy (tebuk 3 lubang dan masukkan kamera kecil), gambar kedua, Czer (bedah melintang) kena bedah besar sebab Endometriosis dah pecah dalam perut aku.

Maybe disebabkan itulah aku macam "kebal" sikit sekarang ni. masa doktor bagitahu dalam perut aku ada Cyst, aku langsung tak menangis oke, hanya terkejut saja. masa tu just fikir, dengan ujian ini maybe allah nak cuci dosa-dosa kecil aku (harapnya begituuu).


Hati kena selalu sadooooo, bukan untuk hari ini jeee. tapi untuk setiap hari. ada ketika Allah bagi kita happy, ada masa Allah bagi kita sedih, terluka, tika itu bersabarlaaaaa... jangan cepat melatah, jangan menuduh Allah selalu kejam pada kita. sabar itu pahit, tapi hasilnya InshaALLAH manis. 

Selagi boleh sabar, sabarlahh.. selagi boleh diam, diamlahhh... selagi boleh tahan, tahanlahhh.. Allah tahu apa yang kita rasa, ini dugaan dari DIA untuk menguji kita. moga terdapat hikmah yang lebih manis dan indah dikemudian hari. #Husnuzon #PujukHati 



Salam Sayang,
Jaakechik


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

11 comments:

  1. Betul... bila kita redha sedikit sebanyak tak mengganggu perjalanan harian kita.
    Org yg sabar Allah bagi kebaikan dihujungnya kelak tanpa kita sedar.

    ReplyDelete
  2. Xpe jaa..ramai kwn aku ble peknen wpun ad cyst..kuasa Allah blake ja..Allah nk v hok tbaik utk mu..#keepstrongbabe

    ReplyDelete
  3. Semoga cyst tu hilg nnti... Dugaan stp org lain2 kan...

    ReplyDelete
  4. Tak lama lagi cyst hilang la tu.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  5. Moga cyst tu segera hilang.
    Dan moga Allah permudahkan segala urusan Ja. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. salam jaa..
    Hana menyepi dari blog sebab benda ni lah TTC.
    Hana sekarang pun berTCC. Hana tak sampai operate lagi.. masih on clomid n suplemen yang membantu.

    semoga kita tabah..

    ReplyDelete
  7. Anak saya yang no 2 dah 7 tahun... saya pun teringin nak tambah anak... tapi belum ada rezeki. Aritu lewat sebulan lebih period... ingatkan pregnant, tapi bila cek negatif. Doc cakap mungkin ada cyst... tapi saya punya ultrascan tu tak nampak clear macam jaa ni... even doc pun tak yakin sama ada cyst atau tak... disebabkan tak sakit, maka saya biarkan je lah... ni pun dah period balik...

    Sabar jaa, Allah sedang menguji kita... moga kita terus tabah dan sabar...

    ReplyDelete
  8. assalam jaa
    semoga dipermudahkan semuanya
    semoga kuat dan tabah k ..

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan...
    kawan saya prgnant 3 bulan..baru dpt tahu ada cyst... allah...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...