kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 November 2016

Percutian Lebih Jimat Dengan TRAVELOKA


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Alhamdulillah dah sebulan aku Konvo di USM. since dah graduate ni, dalam kepala aku rasa nak rehaaaaaaaaaaat jer, rasa nak flyyyyyyy jauh-jauh tenangkan fikiran dan nak lariii dari dunia kerja. seriously i need vacation as rewards for diri sendiri!!

But sebelum tu kena tengok bajet jugalah. nak bercuti ni, kata dedekat pun, kena ada duit. kannn? kena bajet dan berjimat selagi boleh. nak yang terbaik, nak yang ohsem, but dalam masa yang sama nak yang murahhhh jugak. so bincang-bincang dengan En.Yie dia kata pergi dekat-dekat je udah. leh save bajet. ermmm ke Tok Aman Bali kah kitaaa???

So marilah kita survey dalam internet, agen atau website mana yang boleh tawarkan harga yang lebih murah untuk stay di Tok Aman Bali Beach Resort... makanya, aku terjumpa satu website yang sangat menarik, yang menjanjikan harga yang super murah;


BOOKING HOTEL DENGAN TRAVELOKA


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA
TRAVELOKA : https://www.traveloka.com/en-my

Dalam banyak-banyak pencarian, TRAVELOKA menawarkan harga paling cun. hanya RM150.47 per night uolls. murah gilaaa! aku try survey melalui website Tok Aman Bali sendiri pun mahal kot. RM200++ per night. kalau tak caya, korang boleh check sekarang.. 

Bukan saja murah, malah proses nak search  Hotel at Traveloka   ni pun semudah ABC. just masukkan destinasi atau nama hotel, jumlah berapa hari nak stay, then tekan button search.. then pilih je mana-mana bilik yang berkenan and wat payment.. 

Bagi korang yang takde kad kredit jangan risau. korang boleh buat payment dengan service online banking seperti Maybank2u, CIMBCliks, RHBNow dan lain-lain lagi. asalkan dalam akaun korang ada RM yang cukup! 


Dan katalah korang nak ke PD contohnya, dan korang tak tahu hotel mana yang best, korang boleh taip aje "Port Dickson", lepas tu akan keluar list
 hotel dengan tawaran harga yang pelbagai. ada yang bawah RM100, ada yang RM200-300++. depends on bajet korang lah, samada nak yang mahal atau yang murah.

Sebagai platform pencarian tiket penerbangan dan hotel yang paling best, Website Traveloka Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang memudahkan pengguna. bukan tu je, search result juga boleh disusun mengikut apa yang korang nak. sebagai contoh, mengikut review ke, mengikut harga bilik ke atau mengikut bintang hotel. 

BOOKING FLIGHT DENGAN TRAVELOKA
booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA


Bukan setakat hotel, nak booking tiket flight pon boleh dengan Traveloka ni. complete solutions sangat bila dapat book flight tickets and hotels at the same time with great savings. thats why aku kata, Percutian Menjadi Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka. hanya 4 langkah mudah saja untuk booking tiket flight dengan Traveloka :

               1. Pilih Flight Destination
               2. Pilih Date of Flight
               3. Masukkan jumlah passengger 
               4. Kemudian tekan "Search Flight"

Kemudian akan terpapar beberapa pilihan harga yang berbeza, syarikat penerbangan yang berbeza pada tarikh yang sama. traveloka dah tolong kita bandingkan harga. so kita just pilih aje yang mana sesuai dengan bajet kita, refer pic dibawah;

booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA



Kat atas ni im looking for flight ticket online Kuala Lumpur > Penang (28 Dis 2016). bersusun haaa keluar. ada macam-macam rate harga. nak pilih flight Air Asia ke, Malindo ke, FireFly ke, MAS ke, semuaaaanya boleh.. traveloka dah bandingkan harga siap-siap untuk kita.. tak perlu lagi kita nak buka web Air Asia, Firefly, Malindo or MAS secara berasingan untuk compare harga. 

PROMO TRAVELOKA (DISCOUNT CODE)


booking flight dengan traveloka, booking hotel dengan traveloka, TRAVELOKA

Yang paling best lagi Traveloka ni selalu ada Promo! adaaaa je diskaun penjimatan for customer. diskaun kaw-kaw daripada Traveloka ni memang ohsem sangat.. harga asal dah murahhh, pastu ditambah pulak diskaun, siapa tak happy oii??

Layari : https://www.traveloka.com/en-my/promotion

Contoh kata aku amik flight Air Asia yang harga RM69.27, jika aku masukkan Coupon Code: FUNFLIGHT, aku akan dapat 20% diskaun. RM69.27 ditolak diskaun 20%, aku perlu bayar RM55.42 aje, refer pic dibawah ;

TRAVELOKA JAAKECHIK


Okay ulang sekali lagi, after diskaun aku perlu bayar RM55.42 sahaja uolls. ni dah termasuk Tax, GST bagai nie. traveloka will show you honest price. what you see is what you pay. no hiddens fee. memang best book hotel dan flight melalui Traveloka nie.  eh korang pun try lah yer. recommended sangat!


Dan if nak booking hotel/bilik, boleh guna Coupon Code: FUNSTAY, kita akan dapat diskaun sebanyak 30%. so RM150.47 tu, after discount just bayar RM105.33 sahaja! now aku dah pun selesai booking bilik di Tok Aman Bali. kat atas tu haa resitnya. aku siap attach resit lagi, risau kot ada yang tak percaya. tapiiii 2H1M je pung! but okay laa dari non hadooo. kannn?? bajet i ciput. *SyukurSelalu*

Image result for jaakechik tambun

Actually bercuti ni perlu untuk release tension dan untuk rapatkan hubungan dgn pasangan jugak. tido di hotel ni bestttt, feeeeling honeymoon gituuu!! "bersejuk-sejuk" di hotel seronok jugakkk.. asyik kat rumah jer, sesekali kita tukar tempat!! baru enjoyyy, barulah energy menjadi luar biasaaaaa sikit. *Gediksss!!*

Ada baaaanyak Traveloka hotel yang tengah promo nie. so, for those yang sedang merancang nak bercuti, jangan lupa guna khidmat Traveloka untuk booking flight dan hotel yer. kalau boleh BOOK SEKARANG, dan guna Code FUNFLIGHT (untuk potongan 30% tiket flight) dan Code FUNSTAY (untuk potongan 20% harga hotel/bilik). promosi ni bermula 22-28 November 2016.


For more info, please visit : https://www.traveloka.com/en-my



Regards,
Jaakechik.

05 November 2016

KONVO PJJ USM


Assalamualaikum

Setelah lama menyepi dari menulis blog akhirnya hari ni aku gagahkan diri untuk menaip. lama gila tak menaip kot! dah 7-8 bulan blog menyepi.. hiks! hari ni aku merajinkan diri ketuk keyboard untuk berkongsi berita gembira dengan kalian semua, beritaaaaaa yang aku dah berjaya GRAD!!! dah tamat pun Pengajian Jarak Jauh aku dengan USM...!!

Jom tengok gambar sekitar hari Konvokesyen USM Ke54 hari tu ;




Aku dan Ana, bestfriend aku nie! #SayangDiaKetat2!!




bersama rakan-rakan



jubah kami warna purple, kalung warna oren



nie semuanya dari pusat wilayah kota bharu ;
Misbah, Aku, Ana, Kakju



posing setelah majlis selesai




Majlis konvo aku berlangsung pada 26 Oktober 2016 (Rabu). course kami  (Sains Kemasyarakatan) jatuh pada sidang 6 yang bermula pada jam 3.00 - 6.00 ptg. disebabkan majlis tu tamat lewat, so tak sempat sangat nak posing lebih-lebih. masing-masing terkejar-kejar masa antara nak bergambar ngn family, kawan-kawan, dan terkejar masa untuk solat.. tak cukup masa...!!

Memang tak sempat sungguh nak borak-borak dan berkumpul dengan kawan-kawan dan family masing-masing. aku juga ada gak rasa terkilan sebab tak sempat nak bergambar dengan family aku.  masing2 kelam kabut nak ke masjid untuk solat. 

Ada gak kawan-kawan yang aku tak sempat bergambar, terkilan rasanya. but aku faham mereka juga perlu melayan family diorang. sama ngan aku, ramai gak yang datang majlis konvo aku (family En.Yie), dan aku dapat 2 bouquet bunga dari mereka.. terharuuu!! cuma terkilan tak sempat nak bergambar dengan mereka semua pada hari konvo... 




Aku, Ana, Wani, Ekin




Disebabkan tak sempat nak bergambar masa hari konvo, kami amik khidmat photographer lak... camerawoman ni actually student fulltime USM, dia caj murah-murah jer as duit poket dia.. so sikit je dulu gambar yg kami dapat dari dia, ni pun dapat thru whatsapp je dulu, that why kualiti tak cun sangat... kelabu sikit, tak sabar nak tunggu yang full editing nanti...





Yeayy seronok gila dapat baling topi... weeehuuu!!!




bergambar ngn my chenta hati a.k.a teman gaduh hahahahaa...




jaakechik dan merah berpisah tiadaaa... :D




MyBFF, Suriana Mohamed




Gambar-gambar kat atas ni pulak, dari phone aku jer nie... tapiiii kan, boleh pulak aku tak perasan aku gi posing kat area longgokan sampah.. haha.. sibuk sangat mencari tempat yang ada pancaran matahari (lighting), tak pasal-pasal terduduk area sampah.. hiks! #SakitPulakHati




Satuuuu, Duaaaa, Tigaa... Balingggg....




Wowwww, tingggiiiiinyaaaa balinggg....hehehehe...




Ni mak ayah aku, masa ni kat Bukit Bendera. gigih tau aku usung jubah dan bunga ni naik atas ni... nasib ringan jer. haha. tak puas hati sebab masa hari konvo takde pic ngan diorang, so kita qada laa... kebetulan lepas photoshoot memang niat nak ke Bukit Bendera so, usung je la jubah and topi tu... 




ni mak mertua aku




asal posing jer tangan cekak pinggang, kaki silang. perasan model letteww!!




dak kecik ni pun nak jugekkkk... haha..




kasi can mak aku pakai jubah konvo,
aku suruh ayah aku pakai malu2 lak dia.. hahah!




 bagi can kat mak mertua aku jugak.. layankan sajaa...




Majlis konvo aku settle juga akhirnya. sungguh tak percaya leh abeskan pengajian nie. bayangkan dengan status aku yang dah berkeluarga, dah bekerja, leh gak abeskan pengajian selama 4 tahun nie... sampai hari ni pun masih lagi tak percaya dengan peluang dan rezeki yang Allah dah bagi nie... Allah bagi gak peluang untuk aku "merasa" alhamdulillah, syukur tak terhinggaaaa...

Okay, bagi sesapa yang teringin nak sambung pengajian lagi tu, teruskan lah niat kalian. masih sempat lagi... ramai lagi yang lebih evergreen yang buat PJJ ni okay. umur 40 ke atas ada, umur 50 keatas pun ade.. jangan malu-malu, kalau pikirkan malu, sampai ke sudah laaa tak sambung... 

Oklah. aku stop kat sini dulu. lain kali aku menulis lagi ya. doakan aku rajin menulis!



Regards,
Jaakechik.


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...