kelab blogger ben ashaari, KBBA,

23 October 2017

Pregnant Anak Kedua


Assalamualaikum


Lamanyaaaaaaa tak menyembang kat sini. untuk tahun ini, 1 entry pun belum ada lagi. kali ni mood menulis blog memang betul-betul menjauhhh. jauhhh sangat pergi hingga sesat tak jumpa jalan balik. readers pun tanya, kenapa blog tadek citer baru? En.yie pun sibukk je dia duk tanya kenapa dah tak tulis blog. eh suka eh awak skodeng blog ittew....? 

Kali ni ada good news yang aku nak share kat sini. im pregnant uolls. yes, seriyesly memang betul aku peknen. dah bersalin pun. haha. tengoklah, lama tak lama tak update blog sampai dah bersalin, dah habis pantang, aku baru nak citer kat sini. hahah. actually aku sendiri macam tak percaya juga. dah lama aku teringin nak pregnant kan, kali ni Allah bagi jugaaa Alhamdulillah... syukur sangat..





Happy gilaaaaa rasanya. syukur pada Allah Taala, dia bagi tepat pada masanya. ye la aku baru lepas habis belajar kan (PJJ USM), aku Konvo bulan 10, bulan 12 dah sah preggy. memang syok betul. dah la last entry yang aku tulis (Disember tahun lepas) aku ada cakap yang aku ada Cyst kan. tup tup esoknya aku try wat UPT, positif pula resultnya.

Masa tengok UPT tu positif, aku tak nangis pun.. tapiiii perasaan aku masa tu rasa macam nak lompat bintang.. hahaha... rasa macam nak jerit kuat-kuat "Yeayyy...aku mengandunggg!" tapi idok la aku gilaaa nak wat gitu. melampau sangat tu. lagipun aku buat UPT tu kat ofis, senyap-senyap gi tandas check. berdebar-debar  je dada masa tu..




Actually aku tahu aku pregnant ni after 10 hari selepas Doc sahkan aku ada Cyst (yang aku bulatkan tu). masa tu aku tak tahu pulak time tu aku dah mengandung. sebab bulan lepas (Nov) elok jer period datang. pastu aku takde rasa apa-apa tanda atau perubahan yang pelik pun. 

Sampaiiiii la aku duk ternanti-nanti aku punya period untuk Disember, kenapaaaa la tak kunjung tiba... tungguuuuu la aku sampai 15hb tak datang jugak, 16hb pun takde tanda-tanda nak period jugak. biasanya 1-2 hari sebelum period dah boleh rasa dah sakit-sakit belakang, sakit perut, lenguh-lenguh betis, tapi kali ni takkkk... 

Pagi 17hb masa otw ke ofis, terus aku beli Pregnant Test. hajat dihati sampai ofis nak terus check, tapi tak terasa nak kencing pulak.. so aku makan nasi sebungkus, minum air tea o beng segala, siap makan terus masuk toilet dan buat UPT, alhamdulillah naik 2 line uolls! 





Seriously macam tak percaya pun ada. tetiba jadi sebak, orang first aku wassap ialah En.Yie, kedua Ofismate aku Ana, wassap juga ke group family aku dan family En.Yie. amboiii kemain lajuuuu supsap supsap wassap masuk... berebut rebut duk ucap tahniah... 

Then apa lagi terus post dalam FB, berduyunnnnn ucapan tahniah... tak henti-henti notifications masuk.. aku yang mengandung korang pulak yang eksaited ekkk? hahaha.. btw tenkiuuuu terima kasih uolls...!! i lebiu moreeee laaahhhh!!

Ada yang cakap, entah-entah yang O&G kata Cyst tu sebenarnya baby tak?? tapi aku rasa, tidakkk. sebabnya masa Doc scan, dia kata Cyst tu duk belah kanan. kalau janin mesti duk tengah-tengah kan? lagipun kalau janin, mesti ada kantung. tak nampak pun kantung masa scan Cyst tu.

Citer pasal Cyst ni, ramaaiiiiii Friends aku di FB yang ada Cyst rupanya. ada yang kecik, ada yang besar. ada yang hilang sendiri, ada yang dah operate, ada yang 8cm tapi belum operate, ada yang dah 2 kali operate... huwaaa seram i baca komen-komen uolls. but okay la, boleh tambah knowledges, ramai kot yang bagi tips camana nak hilangkan / kecutkan cyst. korang kalau nak tengok leh tengok DISINI yer.





Okay stop citer pasal cyst. aku nak sambung bab alahan time preggy pulak. masa pregnantkan fikri dulu pun aku ada alahan gak., tapi tak seteruk yang ini. kali ni aku punya alahan hingga badan jadi lemah gilaaaa, alwez muntah, hingga warded. 6 botol air masuk ke badan aku. berat badan aku drop 5 kilo. huhu. bila kandungan dah masuk 4 bulan lebih alahan takde lagi dah. puasa pun aku boleh tahan. sehari je aku terpaksa bukak sebab tak larat sangat. 

Persiapan barangan untuk baby baru ni tak banyak sangat aku beli. tambah-tambah sikit je. banyak guna barang Fikri masa kecik dulu. masih molek lagi tersimpan dalam gobok. buai letrik, stroller, car seat, walker, segala maknek bagai tu pakai yang lama jek. masih elok lagi. tinggal cuci dan lap-lap habuk je la. 




Kalau Fikri dulu, aku bersalin di Hospital Besar Kota Bharu (HRPZ11). untuk kali ni pulak aku bersalin di Hospital Tumpat aje, dimana hospital yang sama aku dilahirkan. mak aku lahirkan aku di hospital ni. thats why aku nak lahirkan anak kedua aku kat sini jugak. ada sentimental value orang kata. ekeke. 

Ramai yang suka bersalin di Hospital Swasta kan, katanya lebih selesa, layanan first kelas. but aku takdenya nak ke swasta. hospital gomen je udah. ikut kemampuan poket sendiri. tak mampu nak bayar bil swasta yang beriban tu. hospital gomen je mampu, tunjuk GL je, 1sen pun tak keluar. hehe. 






Ini dia anak kedua aku, Muhammad Haris Firman namanya. maksud namanya pun indah.. semoga jadi anak yang soleh ye anakku. gambar atas ni gambar hari pertama Firman dilahirkan. ramai cakap nampak macam muka aku. betul ke? hiks. 

Pengalaman bersalinkan Firman tak jauh beza dengan Fikri. lebih kurang sama saja. aku lahirkan Fikri masa 40W1D, Firman pun 40W1D gak. dedua lebih 1hari dari due date bersalin. fikri lahir jam 1.27am, firman pulak 3.15am, dedua2 turun tanda [lendir] selepas isyak. lepas tu dalam 3-4 jam terus bersalin. agak cepat jugak la. kiranya tak lama sangat menahan sakit contraction..

Time nak push keluar tu aje yang bermasalah sikit. always kehabisan tenaga dan tak cukup nafas. keluar masuk keluar masuk je kepala anak. huhu. sakit bersalin ni memang sakit sungguh. tak tahu nak cakap cemana but alhamdulillah takde istilah "serik" lagi untuk aku. hehe. 





Dua kali bersalin, dua kali gak laa En.Yie teman aku di labour room. dia laa orang yang paling bising suh aku teran. bila dah  nampak kepala anak, makin kalut dia "Teran jaa, teran cepat. kepala anak dah nampak tu, anak dah nak keluar, jangan berhenti teran, teran jaa, teran lagi, lagiii, lagiiii, sikit je lagiiiiii" kau boleh bayang tak muka kalut dia?? pastu bila aku dah tak mampu nak teran, gini pulak dia cakap "Allah masuk balik kepala anak. bakpo jaa berhenti teran? teran lah lama sikit. tahan nafas tuuu... anak sikitttt je lagi nak keluar" aku rasa nak tutup mulut dia. haha. 

Pastu nurse suruh amik tisu, basahkan dan lap-lap muka aku, dia pun ikut je arahan, lepas muka kena lap aku rasa macam freshhhh sikit. then sambung teran balik, tengah aku duk teran, dia pun sibuk ngelap muka tak henti2 sambil mulut suruh aku push, eh eh tetiba aku rasa geram nak cakap "diam sikit boleh tak?" tapi aku tak cakap pun. hahahaha. 

Bila anak dah selamat keluar, apa lagi nangessss je la kerja laki aku. always begituuuu... hahaha.. masa fikri lahir pon gitu gak dia. beriaa nangis, gembira campur sedih la tuuu anak dia dah lahir ke dunia. hehe. badan je sado, tapi dalam hati ada taman uolls. hati tisu jugak rupanya dia. kah kah kah.





Kali ni aku berpantang sendiri aje di rumah sewa. saja nak berdikari sendiri. bukan eksyen taknak duduk ngan orang tua, but aku lebih kepada tak nak menyusahkan mereka aje. dua minggu pertama kerja-kerja rumah banyak En.Yie yang buat. dari tanak nasi, bakar ikan, cuci pinggan, jemur baju, lipat baju, gosok baju sekolah anak, kemas rumah dia la buatkan. tapi masa tu je laaaaa. lepas dah  2minggu pinggan dia sebijik pon memang liat nak basuh. melampau sgt. grrrr..

Masa bersalinkan fikri dulu, aku berpantang di rumah mertua aku. but tak lama, 7 hari je. hari ke 8 aku balik berpantang di rumah sewa sendiri. tukang urut area sini pun mudah nak dapat. so tak risau sangat laa berurut tungku bagai.




Gambar kenangan sepanjang dalam pantang. hihi. 



Fikri sayang betul ngan adik dia. but kalau aku ngan En.Yie gomol adik dia,ada jugak laa perasaan jealous dia datang. mula la merajuk cakap aku tak sayang dia. mama sayang semuaaaa lah. dua dua anak mama kan, takkan tak sayang. ye dak?

Mama doakan anak-anak mama membesar dengan sihat. jadi anak soleh. anak yang tahu hormat dan sayang ibubapa. semoga bila besar nanti jadi orang yang berguna dan berjasa kepada semua orang. semoga anak-anak mama dilindungi allah taala dan semoga sentiasa bahagia dan berjaya di dunia mahupun akhirat. semoga kita semua berada dalam suasana keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. amin amin ya rabbal alamin. sama-sama kita doakan.





Now saat aku taip entry ni,aku dah membilang hari untuk masuk kerja semula..  3 bulan aku amek cuti, tinggal 3 minggu saja lagi masa utk aku berlama-lama dengan anak. tak lama lagi duduk dengan pengasuh dah dia. pagi hantar, petang amik. gitu laa hari-hari. huhu. sedihnyaaa lahaiii. aku akan tinggalkan firman dengan pengasuh sama yang jaga fikri. alhamdulillah dia seorang pengasuh yang baik. dah macam anak sendiri. aku pun dia layan macam anak dia jugak. baik betul dia.



 


Ehhhh panjang nau nau aku bercerita ni. dah berjela-jela dah ni. jari aku pon lenguh dah ni duk ketuk keybod. berejam nak siapkan satu entry, kejap anak nanges nak susu,kejap kejap nanges... hahaha...nanti aku citer lagi okay... banyak benda nak share, tapi mood blogging menjauhhh... nanti aku update lagi yer... doakan aku rajin menulis... hehe...



Regards,
Jaakechik


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
jaakechik@yahoo.com atau inbox di www.facebook.com/jaakechik

3 comments:

  1. wahhh dah bertambah org baru rupanya...tahniah jaa sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. yeayy..tahniah jaa..lama saya tunggu awk menulis..rupenye member bz berpantang..alhamdulillah..btw Dr suresh petik nama awk dalam kelas Etnik dan Ras masa intensif USM baru2 ni..dia kata student ni kecik rendah je orgnya..hehehe..slmt menjaga baby..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Jaa.. Hana hepi sangaat tau. Tertunggu2 juga entry jaa pasal operate tu kot ada sambungan rupanya terus sambungan pregnant dan beranak dah pun hehe tahniah tahniah tahniah.. doakan hana pregnant juga tau :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...