kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 August 2018

Happy 10th Wedding Anniversary

Assalamualaikum




Alhamdulillah dah 10 tahun perkahwinan kami.. sepanjang 10 tahun ni macam-macam dah terjadi, macam-macam yang dah berlaku, yang manis, pahit, masin, masam masam manis, tiga rasa, sweet sour, semuaaa dah penah rasa... perang dingin, perang sedara, perang halilintar, perang dunia ke2 ke3 semua adaaa sepanjang 10 thun ni... hehe... 




Tipu kalau kata sepanjang 10 thun ni tak pernah ada perang kan... apapun marilah kita tempuhinya bersama... marilah kita husnuzon atas segala yang berlaku, atas segala perancanganNya. gaduh baik, gaduh baik, itu biasa. asam garam dalam rumahtangga. cuma tak molek amalkan selalu, jangan sampai spesis Husna dapat menghidu! selagi benda tu boleh setel kita settle, takleh settle kita sambung perang... ehh... hahahahaaa

Mengimbau kembali perkenalan antara aku ngan dia, agak tak dijangka sebenarnya. dah setahun dia "ada" tapi aku langsung tak sedar wujudnya dia "disitu". tak sedar dalam diam dia aku ada secret admirer. dah lama dia perhatikan aku rupanya. sejak aku masih tingkatan 5 katanya. dia sempat tengok aku ber-uniform sekolah. aku pulak boleh tak sedar ada someone duk perhatikan aku. 

Dah habis SPM baru aku sedar semua tu. haha. gila betul. tapi tak aci, dia guna taktik kotor "konon tersalah nombor" untuk bercakap dengan aku. dia curi nombor fon aku dari someone. eh takde tektik lain ke hah?? salah nombor konon!!




First time call, dia buat-buat tanya aku ni sapa, lelaki ke perempuan, duk kat mana, bla bla bla. padahal dia memang dah tahu aku sapa. entah dah berapa kali agaknya dia ngorat perempuan lain guna tektik yang sama. huh. cubalah bagi ayat yang hebat-hebat sikit tak boleh ke. OMG, takleh blah betul teknik ngorat dia masa tu. mula-mula dia call memang aku tak tahu dia sapa, but lelama bercakap aku dah boleh agak dia sape. 

Lepas tu, esok call lagi, lusa call lagi. cuba mengayat lagi. grr. aku tipu dia kata dah ada someone pun dia tak ambil pusing jugak. nak jugak aku terima dia. eh eh. melampau betul. paksa-paksa kita pulak. aku cakap aku setia pada yang satu. nama dia sekian-sekian, orangnya sekian-sekian, tapi dia ignored jekk.. merayu jugak suruh terima dia. (padahal aku masa tu memang takde someone special pun dihati.) aku memang freeeeee je masa tu. dah lama putus pun. putus tak berganti. haha. orang tu ada cari aku but aku lari, aku tak suka ada couple sebenarnya. bagi aku bila ada couple aku tak bebas berkawan, segalanya terbatas. so aku rasa bebas bila takde milik sapa-sapa.... (perghh bajet suci)




Before dia call aku tu, aku memang dah mula perasan ada someone yang duk perhati aku. dan orang itu, adalah DIA!! dia selalu pandang aku. suka buat-buat lalu depan aku, cuba tarik perhatian aku. but aku ignore je. aku tak suka dia masa tu. memang aku rasa meluat dan benci je bila tengok dia. but hari-hari kena hadap muka dia area situ, sebab situ tempat mak ayah aku cari rezki. aku tolong mak aku meniaga, dia pulak tolong abang dia meniaga, tempat yang sama. beza gerai kami berdua agak tak jauh mana. thats why aku dengan mudahnya boleh agak yang call aku tu adalah DIA!! 

Lepas sebulan kejadian salah nombor tu, barulah aku terima dia. terima sebab kesian dia duk merayu. hari-hari merayu, penat nak dengar. merayu by phone okey. bukan jumpa face to face pun. padahal hari-hari kami bertembung. tak pulak dia ajak jumpa atau berbincang. malam-malam agak mesra berbual dalam telefon, but sekalipun kami tak pernah cakap depan-depan. tak pernah berbual pun. bila bertembung masing-masing tengokkkk je. buat-buat tak kenal. padahal dalam fon meriah bersembang. pelik pulak aku!

Actually aku taknak kat dia, sebab masa tu aku rasa dia dah "tua" dia dah peringkat "abang-abang aku" (beza umur kami 7 tahun). lagipun memang masa tu aku tak rasa nak ada couple. bukan takde yang nak, adaaaa je. tapi memang aku jenis tak layan. aku bukan jenis gedik dan bukan jenis kaki melayan (eh puji diri pulak). bab no.fon memang aku jaga. takkan bagi pada sesapa yang aku tak kenal. so, aku pelik bila dia ada nombor aku. but sampai sekarang kalau tanya pun dia tak mengaku dia pow ngan sapa no.fon aku. malu lettew!






Aku ingat lagi masa baru-baru couple, aku dapat masuk form 6 di SMK. Kubang Kerian 1. but dia tak bagi aku sambung. bergaduh besar aku ngan dia masa tu. aku beria nak belajar lagi. nangis aku masa tu bila kehendak tak dipenuhi. dia tak bagi sebab dia takut aku lupa dia bila aku masuk sekolah. dia tak bagi sebab dia takut aku akan ada "orang lain". i is menyampah oke. takleh terima rasanya bila dia sekat apa yang aku nak. siap warning aku jangan pergi daftar. mak aku pulak boleh setuju dengan dia. buat apa nak sambung? tak lama lagi kan dah nak kawin. TUHANKUUUUU, apalah dayakuuuuuuuuuu.... aku baru nak berangan amek STPM, lepas tu masuk U sambung Degree, banyak yang nak dikejar.. kecewaaaaa sangat!!

Mujur la bila dah kawin ni, elok je dia bagi aku kerja (aku dapat kerja gomen selepas setahun kawin), dan elok je jugak dia bagi aku sambung belajar di USM P.Pinang. 4 tahun kot. bukan sekejap. ulang alik 2 kali setahun ke Penang. gi kuliah bercampur laki perempuan, dia izin pulak. maybe dia dah tahu bini dia ni jenis yang macam mana, kannnnnn?? i pandai jaga diri oke and i takkan lupa diri, takkan lupa status i as bini orang. jangan risau selagi u setia, i double triple setiaaa... hahhh gitteww!




2 tahun copule, akhirnya kami pun bertunang pada Oktober 2007. sepanjang tempoh sebelum dan selepas tunang tu bermacam dugaan datang silih berganti.. kejap "yang lama" datang, kejap yang ketiga datang, kejap ada orang lain datang booking nak wat menantu, eh banyak bendalah yang berlaku. terus masing2 perangai dah macam hantu, beberapa kali nyaris2 putus tunang, rasa nak patah-patahkan cincin tunang, rasa nak tumbuk-tumbuk muka dia. seriously aku give up nak teruskan, tapi nasib aku selalu tak baik, bila ada masalah, kami selalunya tak mampu nak gaduh panjang sebab dia selalu datang rumah parent aku, datang bodek balik.. grrrr.. nyampah i! aku pun cair balik, muahahaaaa




Akhirnya Ogos 2008, kami kawin jugaaaaa. atas desakan orang tua di kedua belah pihak, perkawinan kami dibuat lebih awal. sepatutnya Mac 2009 but semua sepakat untuk awalkan. seriyes tak ready sangat rasanya masa tu. aku muda lagi kot masa tu. baru 20 tahun, masak-masak pun tak berapa terrer lagi. nak urus diri sendiri pun terkial-kial lagi. kain baju sendiri pun kakak2 yang basuhkan, kerja pun tak ada,  masa tu aku just tolong parent aku meniaga je. memang takde duit sendiri. terfikir juga, lepas kawin cemana laaaa hidup aku nanti... but perancangan Allah siapa sangka, dapat juga aku tawaran kerja goverment walau takde STPM, walau tak sempat masuk U.. memang tak sangka, rezki datang setelah kawin..

Kami kawin awal disebabkan permintaan arwah ayah dia juga (masa tu arwah ayah dia sakit). arwah ayah teringin nakkan menantu perempuan. akhirnya 2 bulan selepas kami kawin, ayah dia meninggal. alhamdulillah aku sempat jaga sewaktu sakit dia, walau baru 2 bulan saja sempat jadi menantu ayah, aku agak rapat juga dengan dia. semoga arwah ayah baik-baik saja disana. sungguh aku rindu pada karenah arwah ayah sepanjang dia sakit. ada moments indah antara kami berdua. ada kenangan manis untuk dikenang sepanjang 2 bulan tu. marilah sedekahkan bacaan surah al-fatihah untuk ayah mertua ku.




10 tahun kawin, inilah hasilnya. 2 orang anak kami dapat. terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. dan inshaALLAH tak lama lagi keluar lagi seorang anak kami. boy or girl? sama-sama kita nantikan. doaku di hari anniversary yang ke 10 tahun ini, semoga kehidupan kami sekeluarga akan jadi lebih baik, lebih bahagia dan lebih happy. semoga ALLAH lindungi keluarga kami dari segala benda yang tidak baik, aamiinn ya rabbal alamin. 

Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup ini, selain mendapat pasangan hidup yang cukup sayang pada kita dan tahu akan tanggungjawabnya. Ya Allah tidak ku minta lebih dariMU, selain dikurniakan suami dan anak-anak yang baik, keluarga yang baik serta kehidupan dan masa depan yang lebih baik.

Last but not least, semoga  ALLAH TAALA penuhi jiwa kami suami isteri dengan penuh rasa cinta dan bahagia tanpa adanya orang ketiga. thank you Allah for your planning and for everythings!! syukur tak terhingga dari kami atas segalanyaaa.. 


With Love,
Jaakechik


5 comments:

  1. So sweet Jaa... Semoga berbahagia hingga ke jannah...

    ReplyDelete
  2. lama rak baca blog kak jaa! alhamdulillah semoga berkekalan hingga ke syurga.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...