kelab blogger ben ashaari, KBBA,

11 August 2018

Sembang Kosong


Assalamualaikum

Ehemmm.. blog aku ada readers lagi ke nieeee? hikhik. lama nau nau blog aku menyepi. mood blogging menghilang. hari ni aku seru mood tu biar datang balik. rinduuuu sungguh nak menaip. last entry bulan Oktober 2017 kot. ni dah Ogos 2018. lamaaa gilaaa tak update blog. ada yang rindu i tak?? kalau rindu jangan lupa follow FB i, kat situ i aktif jurr..




Nahhh i belanja sikit gambar terbaru. hehe. sebenarnya, ada berita baik juga nak share. im pregnant again. yes, again! sila terkejut. sebab aku sendiri pun masih terkejut dengan diri sendiri. hahah. kalau dulu susah je rasa nak "lekat" sekarang terlajak mudah pula. jarak yang betul-betul dekat. Firman umur 7 bulan aku dah mula pregnant anak ke3. terus kena bebel ngan nurse. padan muka aku. haha. 



Ni gambar masa Firman dalam 5 bulan kot. eh ye ke? aku dah lupa lah. setakat ni dedua anak aku lelaki. hope kali ni aku bakal dapat anak perempuan lah pulak. teringin nak ada anak perempuan. moga-moga Allah perkenankan, aamiinnn. now dah 4 bulan aku pregnant. masa 15weeks aku gi buat buku pink, Doctor cakap due date aku 01.01.2019. (berdasarkan tarikh 1st day my last period, 28.03.2018). 

Tapi last week masa aku gi klinik untuk monthly check up, nurse cakap perut aku besar. dia tulis dalam buku pink tu "Uterus bigger than date, refer MO for RME", dia suh jumpa doctor untuk scan. bila scan, doctor cakap kena tukar date baru iaitu 23.12.2018. apa-apa je la doctor, i follow jeee. lagipun kalau ikut yang lepas-lepas, aku bersalin memang ngam ngam soi dengan due scan. dedua 40W1D.

Dulu bila Allah lambat bagi rezki anak, aku bisingg, sekarang ambekkkaw, tahun lepas beranak, tahun ni pun beranak lagi... muaahahahahaaa... walau apapun aku terima rezki ini, akan ku jaga amanah ini, terima kasih ya Allah, moga Kau permudahkan segalanyaaa... aamiinnn3... 




Pregnant kali ni aku tak alahan kuat sangat. bila masuk 3 bulan lebih dah takde alahan. dalam 2 bulan je aku alahan. itupun tak seteruk macam mengandungkan Firman dulu. kalu dulu siap kena warded. 

Cuma aku perasan sekarang ni memang badan aku cepat letih. selalu nak tidoooo je manjanggg. buat kerja sikit cepat penat, cepat lenguh pinggang, harap-harap tak menurun ke perangai anak dalam perut. hihi. 




Ni gambar raya puasa hari tu. bertema merah pilihan En.Yie. kalau dulu-dulu aku je menang dalam buat pilihan tema raya. tapi sejak dua menjak ni, banyak dia pulak yang buat pilihan. pilihan aku ditolak mentah-mentah. nyampah i! kalau tengok pic atas tu macam tak complete kan bila takde anak perempuan? haraaapppp sangat kali ni aku dapat baby girl. nak jugak ada geng. mesti best!




Tepek pic gedik seketul. jangan muntah hijau naaa. hihi. sekarang ni takleh nak tunjuk sangat pic mesra ngan laki kan. sekarang ni musim vavi menyondol kebun orang. kita kemain jaga kasi segar, kasi subur, kasi encem, vavi sesenang je datang sondol. vavi spesis Husna & Izreen tu memang ramai jek. but i tak kisah, aku pegang 1 jer, kalau laki kita tak melayan takkan jadi juga. ye dak? 

Kalau laki kita pun sama naik melayan, apa nak buat? nak larang pun tak guna. bila dia dah mabuk dengan yang baru, kita cool aje, jangan mengamuk macam orang gila.. juz biarkannn... biarkan mereka bersamaaaaa... just follow the flow... and than kita undur diri slow-slow.... kita bebaskan diri kita, fly fly fly and move on "cari orang baru" jugak... hahahahahaaaa (baca dek laki mampus aku) kah kahhhh... 




Dalam berita gembira aku pregnant again, ada juga berita sedih sebenarnya.. officemate aku (Suriana) dah pindah kerja di tempat lain. dia antara BFF yang aku paling rapat selepas aku dah kawin ni. 9 tahun kerja satu pejabat. banyak kenangan tercipta. banyak memori terpahat. 




Once surat kelulusan pertukaran dia sampai ke pengetahuan aku, aku nangessss tak henti. airmata tak henti mengalir. masa tu aku kat rumah. aku offday. menangis aku sorang-sorang. tak penah rasanya aku nangis beria begini disebabkan seorang sahabat. rasa sedih tu datang bukan dibuat-buat. terasa kehilangan sangat.  




Now dah 3 bulan dia pindah Pasir Puteh, tinggallah aku satu-satunya bunga layu kat pejabat ni. yang lain semuanya laki. gila tak sedih. kalau dulu kemana-mana berdua je ngan dia, now tidak lagi. sunyi je aku kat ofis ni takde geng nak membawang. huhu.







Ni moments last day dia kat sini. sedih takleh nak ceritaaa. rasa nak nangis semahunyaaaa. but i cuba control. tak boleh sedih sangat. sebab aku tahu dia hepy. hepy dapat penuhi permintaan bonda untuk duduk bersama di kampung. dah lama kot dia nak pindah kesana, niat hati nak jaga bonda. so ini berita gembira untuk dia. aku tak boleh spoiledkan mood. thats why aku banyak senyumkan diri. aku juga tumpang hepy. walaupun rasa sedih lebih menggunung dalam diri. 




Kelmarin 10 ogos, birthday dia. doaku, semoga Allah melindungi mu selalu sahabatku. ternyata kamu BFF paling terbaik dan paling akrab yang pernah aku ada. ada yang kata aku ni macam meroyan hilang 1 sahabat, gila bayang dah macam gila talak. biarlaa orang nak kata apa. engkau tak duduk di tempat aku. engkau tak rasa apa yang aku rasa. bila kita ikhlas berkawan, memang rasa sendu tu selalu je datang tanpa diundang. rasa rindu tu selalu je ada, tambah lagi facebook selalu je reminder moments2 lama, gambar2 lama, laju je airmataaa ni jatuh. payah nak move on. 9 tahun satu pejabat, lamaaa kot. huhu.




Emm..dah la bercakap benda-benda sedih. meh kita beralih ke mood happy pulak. ni antara gambar kami 4 beranak yang paling latest. masa ni kami ke Pesta Wau Antarabangsa di Pantai Geting. masa ni 3 ogos 2018. ramai gila orang, jem berjam-jam nak sampai sana. stress kitorang dalam kereta. laluan shortcut pun jem. disebabkan kuasa viral FB la ni. ramai netizen yang menyerbu datang. 





Itu je la yang ada pun. kitorang duduk sini lebih kurang sejam kot. saja datang bawak anak berjalan tengok-tengok wau. tapi rasa macam tak berbaloi dengan jem yang gila vavi tuu. kalau hari biasa dalam 15 minit je kot nak gi sana. hari tu masa pergi 1jam lebih, masa nak gerak balik rumah 2jam lebih sangkut jem. sakit pulak hati. menyesal datang. hahah.




Best betul ambik gambar guna kamera En.Yie ni, plolesss je nampak muka. muahaha. penangan Huawei. terus jadik omey omey. terus putih melepak. hahahaaa. 




Nak share juga ni, 2 hari lagi birthday pertama Firman (13.08.2018). tengah terfikir-fikir ni, nak beli hadiah apa untuk dia. birthday party memang tak buat, bagi kami celebrate dengan keluar makan dan beli hadiah itu pun dah kira cukup. celebrate kecik-kecik je. 

Pejam celik, pejam celik, sekejap jer masa berlalu. tup tup dah nak setahun umur dia. setakat hari ni dia baru boleh berjalan 3-7 langkah je. belum boleh berjalan laju lagi. gigi atas ada 3, gigi bawah dah ada 4. kerja dia gigit orang je skang ni. bahu aku selalu jadi tempat dia lepas geram. tengah kita suap makan pun menyempat dia gigit jari kita. hahah. 




Fikri pulak tahun ni dah darjah 1. bila dah ada adik ni, perangai manja dia dah slow-slow berubah. dia pun dah boleh diharap untuk tengok-tengok adik dia bila aku kat dapur atau ke bilik air. pandai layan adik dia main. walau kadang-kadang ada juga dia marah-marah dan pukul adik dia. adik dia suka nau nau kacau barang-barang dia. suka ganggu dia. sebab tu dia marah. 

Bercakap pasal fikri, dia dah pandai membaca dengan lancar. suruhlah dia baca apa saja, laju aje dia baca. berkat abah dia duk ajar baca buku "Bacalah Anakku" memang bagus buku tu. highly recommended untuk semua parents. result exam dia pun setakat ni alhamdulillah. semakin bagus dan okay. walaupun dalam kelas dia sedikit "aktif & nakal". 




Okaylah itu saja yang aku nak share untuk entry kali ni. kalau nak ikutkan gambar yang ada dalam fon nie, memang banyak benda yang aku nak sharing, banyak cerita yang aku nak blogkan sebagai kenangan. tapi tu lah, nenantilah aku share lagi yer. doakan aku rajin menulis. kita jumpa lagi di next entry oke, babai!


With Love,
Jaakechik.

2 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...